Jangan tak percaya tau saya tak pernah makan taugeh goreng kicap sehingga lah saya dah berkahwin. Belajar makan dan belajar masak ni dengan keluarga mertua di https://www.aziekitchen.com/2021/09/taugeh-goreng-kicap-yang-sedap.html Video di Azie Kitchen Youtube Channel di https://youtu.be/c9YHuXpMbao
Nampak tak macam mana saya jadi sangat berminat untuk belajar dan mengumpul resipi sejak kecil kerana saya ingin merasa masakan enak enak yang disiarkan dalam majalah majalah wanita. Saya teringin nak makan mee goreng kerana hanya makan mee bodo yang dijual dalam talam atas pasar sahaja.
Keluarga saya makan simple sekadar makan untuk hidup sahaja. Banyak masakan dan makanan yang tak pernah makan kecuali hari raya. Antaranya sate dan nasi minyak yang makan pada hari raya di rumah mak saudara setahun sekali sahaja.
Di mana kita bermula tak penting kerana akhirnya saya juga diberi peluang untuk menikmati keenakan makanan dan masakan dalam hidup ini. Alhamdulillah.